Tuesday, February 23, 2010

















AZMAH NORD
IN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa.Sehingga hari ini, beliau telah banyak menghasilkan karya. Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

Novel

1. Si Bidul (DBP, 1987)
2. Noor Ainku Sayang (DBP, 1988)
3. Dukanya Abadi (DBP, 1988)
4. Setulus Sarina (Fajar Bakti, 1989)
5. Kembara Planet (Fajar Bakti, 1989),
6. Timulak Kapal Perang (DBP, cetakan pertama edisi pelajar 2000)
7. Sewangi Hati Irani (Pustaka Mastika, 1989)
8. Permata Biru (Federal Publication, 1989 )
9. Gadis Pinggiran (Pustaka Maju Mastika, 1990)
10. Pejuang Bawah Bayu (SASBADI, 1990)
11. Kukui (DBP, 1990)
12. Jauh Tidak Berantara (Maju Mastika, 1990)
13. Dilambai Debur Cinta (Fajar Bakti, 1990)
14. Tanaut (RAN Publisher, 1994)
15. Janji (DBP, 1991)
16. Biar Kasihmu Terukir (DBP, 1991)
17. Ribut di Gua Gomantong (DBP, 1992)
18. Melatiku Sayang (Longman Malaysia, 1992)
19. Debur Menerpa
20. Sembilu Kasih (Fajar Bakti, 1992)
21. Si Tarra (Longman Malaysia, 1992)
22. Dari Dalam Cermin (DBP, 1992)
23. Siti Ariana (DBP, 1993 )
24. Fatin
25. Dibawah Unggulnya (1993)
26. Ima Puteri Air (DBP, 1994)
27. Puteri Khairuni (DBP, 1994)
28. Pantai Kasih (Fajar Bakti, 1994)
29. Tanaut (Penerbit RAN, 1994)
30. Puteri Harapan (DBP, 1994)
31. Impian Akuatik
32. Kewujudan Maya (DBP, 1995)
33. Halusinasi (DBP, 1995)
34. Misteri Aini (DBP, 1995)
35. Menongkah Lumrah (DBP, 1996)
36. Puteri Indrasariayu
37. Awang Kirana Mudir Besar (Fajar Bakti, 1996)
38. Antara yang Terhebat
39. Puteri Angin
40. Singgahmata (Fajar Bakti, 1997)
41. Merentas Selat (Fajar Bakti, 1997)
42. Syumul ( DBP, 1998)
43. Dedikasi di Planet Marikh (DBP, 1999)
44. Pesanan untuk Ira (DBP, 1999)
45. Titian Gelora (DBP, 2005)
46. Mega Nisaa (DBP, 2005)
47. Bantogen (DBP, 2009)
48. Puteri Delima (DBP, 2009)

Kumpulan Cerpen
1. Singkowoton (DBP, 1994)
2. Wizurai (DBP, 1997)
3. Kasih Seputih Kemboja (DBP, 2001)

Antologi Cerpen Pilihan

1. Cerpen “Tembusu” dalam Angsana Bertemu Musim (Penyelenggara: Othman Puteh. DBP, 1989)
2. Cerpen “Andayu” dalam Cempaka Berdarah (Penyelenggara: A.Rahim Abdullah. SASBADI, 1990)
3. Cerpen “Kuntum Perdamaian” dalam Sayembara VIII Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Penyelenggara: GAPENA. Penerbit: DBP, 1991)
4. Cerpen “Wizurai” dalam Perayaan 100 Tahun Kuala Lumpur (Penaja: DBKL. Penyelenggara: DBP, 1991)
5. Cerpen “Singkowoton” dalam Dari Pulau Ke Pulau (Penyelenggara: Ayob Yamin & A.Rahim Abdullah. DBP, 1992)
6. Cerpen “Prasangka” dan “Demi Abangku” dalam Memintas Arus (Penyelenggara: Othman Puteh. DBP, 1992)
7. Antologi Cerpen 20 Penulis Wanita Malaysia. Terjemahan ke bahasa Mandarin.
8. Cerpen “Comel” dan “Kuntum Perdamaian” dalam Mustika Diri Bunga Rampai Karya Penulis Wanita 1930-1990 (Penyelenggara: Ahmad Kamal Abdullah)
9. Cerpen “Sealiran’ dan “Dibelai Rindu” dalam Antologi Cerpen Najwa Arifah . (Penyelenggara: Othman Puteh. SASBADI, 1990)
10. Cerpen “Mega Imej Wanita Pemberang” dalam Mercu 4
11. Cerpen “Singkowoton” dalam Doa Terakhir (DBP, 1995)
12. Cerpen “Balqis” dan “Datang ke Bumi Bawah Bayu” dalam Kuntum Berputik (Penyelenggara: Japar Ungki. DBP, 1996)
13. Cerpen “Restu dari Langit” dalam Riak Kabus Danau Maninjau (Penyelenggara: Hamzah Hamdani & Abdullah Hussain. DBP, 1999)
14. Cerpen “Anugerah” dalam Talian Kasih (Penyelenggara: Abdullah Hussain & Othman Puteh. DBP, 1999)
15. Cerpen “Bidadari Bongsu” dalam Bidadari Bongsu (Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1997)
16. Cerpen “Titian Gelora” dalam Antara Dua Hati (Penyelenggara: Othman Putih. Fajar Bakti, 1992)
17. Cerpen “Dayan” dalam Khabar dari Mogadishu (Penyelenggara: Talib Samat. Fajar Bakti, 1997)
18. Cerpen “Sirna” (Penyelenggara: Japar Ungki. DBP, 1999)
19. Cerpen “Mikrotome” dalam Mercu (DBP, 1991)
20. Cerpen “Cermin” dalam Ingin Sebebas Burung (Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1991)
21. Cerpen “Pengorbanan Kansiduon” dalam Tidak Selamanya Indah ( Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1993)
22. Cerpen “Kuntum Perdamaian” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden STPM 2004 (Penyelenggara: M. Jasni Majed)

Cerpen (Terbitan dalam Majalah)

1. “Balqis” dalam Dewan Sastera. Jun, 1990
2. “Bercak” dalam Dewan Sastera. September, 1991
3. “Singkowoton” dalam Dewan Sastera, Februari, 1989
4. “Cermin” dalam Mastika. April, 1989
5. “Bagai Camar di Lautan” dan “Datang ke Bumi Bawah Bayu” dalam Dewan Sastera, 1990
6. “Titian Gelora” dalam Dewan Sastera. Mac, 1992
7. “Dayan” dalam Dewan Sastera, 1992
8. “Al Mizan” dalam Dewan Sastera. Mac, 1993
9. “Ibunda” dalam Dewan Sastera, 1994
10. “Mega imej Wanita Pemberang” dalam Dewan Sastera. Januari, 1995
11. “Noor” dalam Dewan Sastera. Januari, 1996
12. “Permainan Kematian” dalam Dewan Sastera. Julai, 1996
13. “Raja Semut” dalam Dewan Sastera. 1997
14. “Buih” dalam Dewan Sastera, 1998
15. “Terjepit” dalam Daily Express, 3 Januari 1987
16. “Bosan” dalam WADAH. Oktober, 1986
17. “Lumbai” dalam WADAH. Disember, 1987
18. “Kurnia” dalam Berita Minggu. 31 Julai 1988
19. “Lukah” dalam Mingguan Malaysia. 25 September 1988
20. “Hati Seorang Ibu” dalam Berita Minggu. 6 November 1988
21. “Tembusu” dalam Dewan Masyarakat. Disember, 1988
22. “Singkowoton” dalam Dewan Sastera. Februari, 1989
23. “Diulit Gelombang” dalam Berita Minggu. 6 Mac 1989
24. “Puyut” dalam Dewan Budaya. 1989
25. “Cermin” dalam Mastika. April 1989
26. “Laksana Lebuh Cinta” dalam WADAH. Disember, 1989
27. “Limbubu” dalam Sabah Times. 8 April 1990

Sepanjang tempoh penulisan, Azmah Nordin juga telah banyak memenangi hadiah dalam peraduan atau sayembara yang dianjurkan, antaranya termasuklah:

1. Hadiah Menulis Novel DBP (Kukui)
2. Hadiah Menulis Novel Kanak-kanak (Noor Ainku Sayang)
3. Hadiah Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan & GAPENA, 1988 (Timulak Kapal Perang)
4. Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP, 1990 (“Wizurai”)
5. Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP, 1991 (“Mikrotome”)
6. Hadiah Novel Remaja Berunsur Islam, 1992 (Di Bawah Unggul-Nya)
7. Hadiah Sastera Malaysia DBP 1992/93 (Dari Dalam Cermin )
8. Peraduan Menulis Novel DBP Cawangan Sabah /Jabatan Ketua Menteri (Dari Dalam Cermin)
9. Hadiah Sastera Sabah (Dari Dalam Cermin )
10. Hadiah Cerpen ESSO/Gapena Sayembara VIII, 1991 (“Kuntum Perdamaian”)
11. Hadiah Khas Novel ESSO/GAPENA
12. Hadiah Sastera Sabah DBP, Cerpen/Novel Dewasa, (Dukanya Abadi - 1988 dan 1989, “Singkowoton - 1992,1993,1994,1995,1996 dan1997)
13. Hadiah Sastera Sabah DBP, 1998/1999 (Syumul)
14. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (Menongkah Lumrah)
15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (“Permainan Kematian”)
16. Hadiah Sastera Malaysia DBP, 1988/89 (“Singkowoton”)
17. Hadiah Malayan Banking Berhad - DBP
18. Hadiah Sastera Kanak-kanak Mobil – Mabopa, 1995
19. Hadiah Sastera Kerajaan Negeri Sabah & DBP Cawangan Sabah, 2002/2003
20. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 (“Kasih Seputih Kemboja”)
21. Hadiah Karya Sulung Sempena Perayaan 25 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
22. Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 (“Rahsia” )


Sumber: Siaran Media oleh DBP, 18 September 2009

Monday, February 22, 2010






Novel JALUR- JALUR PERTENTANGN ini adalah karya MOHD KASIM MAHMUD.

Sunday, February 21, 2010












FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, SM Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".






Sunday, February 7, 2010


AZMAH NORDIN

Dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Kini menetap di Sabah sejak 1973. Menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Mula melibatkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1985 terutamanya dalam genre cerpen dan novel. Cerpen-cerpennya tersiar dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan akhbar-akhbar di Sabah. Kumpulan cerpennya Singkowoton telah diterbitkan oleh Dewan B Antara novel-novelnya yang memenangi hadiah sastera ialah Kukui (hadiah penghargaan) dalam Peraduan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1990, Noor Ainku Sayang (hadiah kedua) dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987, Dukanya Abadi (Hadiah Sastera Sabah 1988/89), dan Dari dalam Cermin (memenangi tiga hadiah sastera, iaitu hadiah pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993). Cerpennya "Singkowoton" memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 dan cerpen "Mikrotome" memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Maybank-DBP 1991. Azmah Nordin boleh dianggap sebagai seorang penulis wanita yang prolifik di tanah air.

Tuesday, February 2, 2010

SALAM MARIA


Judul : Salam Maria
Pengarang : Fatimah Busu
Penerbit : Absolute Press
Genre : Novel Dewasa
Mukasurat : 653 halaman
Cetakan Pertama : 2004ISBN : 9834172117


Maria Zaitun dalam Salam Maria adalah satu figur yang diambil daripada figur Maria Zaitun dalam W.S. Rendra, Nyanyia Angsa. Kedua-duanya hidup dalam masyarakat yang sakit. Namun kedua-duanya menjadi orang-orang pilihan di akhirat. Maria Zaitun disuntik dengan imej Wali Allah, Rabeah Al-Adawiyah dan Sayyidah Nafisah dan empat wantia penghulu syurga, Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah SAW, Mariam binti Imran, bonda Nabi Isa AS, Asia, isteri Firaun dan Fatimah Az-Zahra, puteri bongsu Rasulullah SAW. ' Justeru hidup Maria Zainton hanya untuk mencari keredaan Allah SWT. Balasan di akhirat untuk Maria Zaitun dibayangkan dalam mimpi para pesakit pengsan misteri di hospital yang pengsan selama 2 tahun 2 bulan 2 minggu 2 hari. Bayangan itu ialah tentang wakaf marmar, hidangan dalam dulang emas, perak dan telaga susu di sepanjang jalan yang lurus, lebar dan sunyi untuk Maria Zaitun sebagai seorang hamba pilihan di akhirat kelak. Igauan ini membangkitkan kegilaan masyarakat untuk bertemu dengannya. Malangnya, sedang mereka kelam kabut mencarinya, Maria Zaitun sudahpun dimaqamkan oleh beberapa orang yang daif, buta, bisu dan pekak dengan pengawasan para malaikat.