
AZMAH NORDIN
Dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Kini menetap di Sabah sejak 1973. Menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Mula melibatkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1985 terutamanya dalam genre cerpen dan novel. Cerpen-cerpennya tersiar dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan akhbar-akhbar di Sabah. Kumpulan cerpennya Singkowoton telah diterbitkan oleh Dewan B Antara novel-novelnya yang memenangi hadiah sastera ialah Kukui (hadiah penghargaan) dalam Peraduan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1990, Noor Ainku Sayang (hadiah kedua) dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987, Dukanya Abadi (Hadiah Sastera Sabah 1988/89), dan Dari dalam Cermin (memenangi tiga hadiah sastera, iaitu hadiah pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993). Cerpennya "Singkowoton" memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 dan cerpen "Mikrotome" memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Maybank-DBP 1991. Azmah Nordin boleh dianggap sebagai seorang penulis wanita yang prolifik di tanah air.
No comments:
Post a Comment