Wednesday, October 13, 2010

subuh bangun membersih diri
kerna hadiri kelas pagi hari
walau mengantuk menahan diri
bakal bersua lagi dengan Dr. Mawar Shafei
bakal mencipta kreativiti sendiri

sesi dilanjut ke makmal Melayu
seisi hati rasa sayu
bakal bertemu sasterawan Melayu
ingin berjumpa sejak dulu
sejak melihat coretan nama dibuku
Hari-hari Seorang Seniman karyamu
kajian pelajar Pesuratan Melayu
tahun satu dahulu

berkongsi hati sepotong dua
pengalaman lalu untuk semua
supaya mendapat ilham semua
dalam mencipta dan perkembang bahasa ibunda
dalam sunyi nanti soalan
seorang kawan ada pertanyaan
bagaimana kira pelajar sastera
tidak kenal pengarangnya?
hanya sekadar exam sahaja
mereka membaca tidak merasa

terima kasih saudara 'i'
bertanya hal tentang kami
sangat mengenal diri sendiri
apa dikata memang mengerti
kerna itu sikap kami

kepada pelajar,sahabatku
sedikit coretan hari baru
sekadar pengubat dikala sayu
jangan disimpan didendam dalam kalbu
beri kemaafan untuk diriku
terasa gatal tangan aku
hendak menyentuh pengalaman baru

Sunday, October 3, 2010

KEMBALI KEDAMAIAN

mentari gagah menyinar bumi
meyubur segala sepi bunyi
memetik suasana abadi
memeriah lagi pesta sunyi
menbangun segala lemah kendiri

terang cahaya di laut malam
terang lilin menyuluh suram
memagar bintang di awangan
memeluk bulan rintih kesunyian

bulan senyum gemerlapan
melihat bintang berkerlipan
biar hidup melingkar sepi
damai melihat saudara malu terperi
dengan kasih terbitan janji
dari sanubari sejati
augerah Ilahi

Exam Mara Kembali

Exam bakal mara
buku masih bersisa
cuba ku sudahi mereka
angan dalam kaca
mereka sering terseksa
melihat aku
pandai bermuka
alasan lagi serta merta
akan nanti ku habisi jua

kertas A4 potong empat
asal buat nota padat
senang nanti
ambil berkat
asal ilmu telah melekat
dalam hati moga selamat
curah kembali tanpa sekat
dalam exam diselangi ibadat
moga Allah beri rahmat
hati bersih jiwa amanat
menempuh medan yang berat
bersama kawan agar berkat
segala ilmu yang tersemat

PUNGGUK SETIA BULAN

pungguk merenung bulan
diam menangis hiba
sunyi dalam derita
kekasih
tak kunjung tiba

bintang memandang sayu
bulan menyembah layu
rintih menanti waktu
pergi berangin lalu
dalam cakerawala sang bayu

pokok, tanah membisik diri
memerhati hari
memisah diri
kekasih nan abadi

beralur sunyi subuh pagi
tenang bersama daun sunyi
perit menanti
moga nanti mekar hati
moga berseri kasih dinanti
agar pagi
gembira berperi
melihat kekasih
bersama kembali
dalam usia sejuta hari

Wednesday, September 29, 2010

Kami, budak-budak Persuratan Melayu akan ke DBP hari ini. Sepatutnya kami berkumpul di fakulti pada jan 7.30 pagi tetapi pada waktu itu aku dan Ain baru sahaja menaiki bas di kolej kami untuk ke sana. Berasa sangat seronok... tapi bangun lambat. Entah kenapa akhir-akhir sering rasa mengantuk.

Monday, September 27, 2010



Teringat waktu raya lah pulak. Haiii... teringin nak makan tart nenas dengan almond london laaa.... Yummmyyyy....... Di rumah hari tuuu... aku dan adik dah habiskan satu balang. Tak kongsi dengan orang lain pulak tu. Sedap kan... harap-harap ada la jamuan raya lepas ni... yang ada biskut raya aneka pilihan. Fokus utama yang ini la...
Beberapa hari kebelakangan ini, kehidupan aku sebagai pelajar tahun 2, sangat sibuk. Sibuk kerana assignment, bukan kerana hal lain. namun, dalam kesibukan ku mengejar due date untuk hantar setiap tugasan kepada lecture, aku merasakan kehidupan ini semakin bermakna... kalau dahulu, waktu pertama kali aku mendapat tugasan, kehidupan sebagai student sangat meletihkan... well, itu lumrah hidup bukan...? Ibu bapa penat anggota badan, anak... penat jiwa dan kepala. Namun, semua itu sudah berlalu... sekarang, aku enjoy kehidupan ku sebagai student. Time nilah nak bergembira bersama kawan-kawan dan mengenali dunia luar. Tapi, keselamatan dan maruah diri harus diutamakan. Oleh kerana, ibu bapa berada jauh nun di kampung, anak-anaknya hendak memelihara maruah keluarga.

Baru-baru ni, aku terdengar kes pelajar bunuh diri... tak tahu apa sebabnya. Hanya mendengar cakap-cakap yang telah ditokok tambah, tidak pasti kebenarannya lagi. Mungkin stress ekoran pelajaran? cinta? entah...hanya dirinya sahaja yang mengetahui...

Sunday, September 26, 2010

Setelah begitu lama aku menyepi diri. Kini kembali meluahkan kemelut hitam dalam hati. Sekarang aku sedang belajar dalam tahun dua di UKM. Semester baru, cabaran baru, hidup baru... pengalaman pun baru. Aku, dalam terpaksa telah berjaya menyiapkan sebuah cerpen konvensional bagi memenuhi kursus di sini. Fuh!!! lega bila dah siap cerpen tu. Sekarang Aku dalam proses memeram idea untuk menulis cerpen yang seterusnya iaitu cerpen untuk kursus Dr. Mawar Shafei. Cerpen ini berkaitan pula dengan eksperimental dan bukannya lagi menulis cerpen konvensional. Cabarannya, isu apa yang harus dimuatkan dalam cerpen eksperimental itu nanti? Menjadi persoalan dalam jiwa.

Rakan-rakan pun masih pening apabila mengenangkan penulisan ini. Tetapi idea selalu datang bila terdesak. "kerja last minute"...


Saturday, April 3, 2010


DULU ... KINI

Dulu, ku di rumah
Ibu pesan siang malam
Kau harapanku... semangatku...
Kau mesti suluh cahaya
Dalam hidupku, keluargamu...
Andai kau toreh hatiku...
Nescaya, kau ku tangisi
Bukan kerna sikapmu
Tapi kerna salahku...

Hening pagi, tenang hari
Ku damaikan jiwa tunggu hadirmu
Pulang... memelukku
Mak!!! orang buleh u...
Ku hanya senyum tapi hatiku berkata...
Tahniah anakku!!!

Kini, mu di sana
Jauh dariku tapi telingaku tak sepi
Dengan khabarmu...
Ini anakku... ini anakku...
sering kata... rindu...
Ku jua...
Berjaya... mengiringi harimu
Itu hanya untukmu...

Sunday, March 28, 2010

Saturday, March 27, 2010

Wednesday, March 17, 2010




KU TUNGGU TIBA


Pagi...
Menunggu di Sana...
Mutiara
Sabar menunggu di sini
Tenang menunggu di sana
Akan ku sampai jua

Pagi...
Dulu malam
Ku berubah sama teman
Dia di sana
Ku di sini lagi
Terbit matahari nanti
Sedia pergi...

Pagi...
Melihat hijau bumi
Dulu...sering malam
Gelap gelita, menutup mata
Kini terik suluh mata
Tanda aku suka




Rindu...
Sering ditutur lidah...
Sering menyapa Dia
Melihatnya dikala mimpi...
Ku termimpi...
Dia pergi...
Kelu hatiku...memanggilmu
Bangkitku dari mati...
Bertanya khabar...sihat?
Tak dok gapo...
Rinduku...
Wajahmu damai meneman hariku

Wednesday, March 10, 2010

GHAZALI TOCHEH


Dilahirkan pada 7 jun 1949 di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Pilin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chembong, Rembau. Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di Kementerian Pertanian dan kemudian berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) di Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia. Pernah mengikuti latihan di Pusat Latihan Gurney pada tahun 1972 kerana mengalami kecacatan penglihatan yang tidak dapat diubati. Aktif dalam bidang penulisan novel, cerpen, skrip drama radio, televisyen dan pentas. Antara skrip drama yang dihasilkannya termasuklah Amar Majiha, Bayangan Ajal, Indahnya Dunia Hatimu, Pembalasan, Gunung Payung, Cahaya Kasih dan Dua Kali Lima. Utusan Malam adalah skrip dramanya yang pernah dipentaskan pada tahun 1992 di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC)

Tuesday, February 23, 2010

















AZMAH NORD
IN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa.Sehingga hari ini, beliau telah banyak menghasilkan karya. Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

Novel

1. Si Bidul (DBP, 1987)
2. Noor Ainku Sayang (DBP, 1988)
3. Dukanya Abadi (DBP, 1988)
4. Setulus Sarina (Fajar Bakti, 1989)
5. Kembara Planet (Fajar Bakti, 1989),
6. Timulak Kapal Perang (DBP, cetakan pertama edisi pelajar 2000)
7. Sewangi Hati Irani (Pustaka Mastika, 1989)
8. Permata Biru (Federal Publication, 1989 )
9. Gadis Pinggiran (Pustaka Maju Mastika, 1990)
10. Pejuang Bawah Bayu (SASBADI, 1990)
11. Kukui (DBP, 1990)
12. Jauh Tidak Berantara (Maju Mastika, 1990)
13. Dilambai Debur Cinta (Fajar Bakti, 1990)
14. Tanaut (RAN Publisher, 1994)
15. Janji (DBP, 1991)
16. Biar Kasihmu Terukir (DBP, 1991)
17. Ribut di Gua Gomantong (DBP, 1992)
18. Melatiku Sayang (Longman Malaysia, 1992)
19. Debur Menerpa
20. Sembilu Kasih (Fajar Bakti, 1992)
21. Si Tarra (Longman Malaysia, 1992)
22. Dari Dalam Cermin (DBP, 1992)
23. Siti Ariana (DBP, 1993 )
24. Fatin
25. Dibawah Unggulnya (1993)
26. Ima Puteri Air (DBP, 1994)
27. Puteri Khairuni (DBP, 1994)
28. Pantai Kasih (Fajar Bakti, 1994)
29. Tanaut (Penerbit RAN, 1994)
30. Puteri Harapan (DBP, 1994)
31. Impian Akuatik
32. Kewujudan Maya (DBP, 1995)
33. Halusinasi (DBP, 1995)
34. Misteri Aini (DBP, 1995)
35. Menongkah Lumrah (DBP, 1996)
36. Puteri Indrasariayu
37. Awang Kirana Mudir Besar (Fajar Bakti, 1996)
38. Antara yang Terhebat
39. Puteri Angin
40. Singgahmata (Fajar Bakti, 1997)
41. Merentas Selat (Fajar Bakti, 1997)
42. Syumul ( DBP, 1998)
43. Dedikasi di Planet Marikh (DBP, 1999)
44. Pesanan untuk Ira (DBP, 1999)
45. Titian Gelora (DBP, 2005)
46. Mega Nisaa (DBP, 2005)
47. Bantogen (DBP, 2009)
48. Puteri Delima (DBP, 2009)

Kumpulan Cerpen
1. Singkowoton (DBP, 1994)
2. Wizurai (DBP, 1997)
3. Kasih Seputih Kemboja (DBP, 2001)

Antologi Cerpen Pilihan

1. Cerpen “Tembusu” dalam Angsana Bertemu Musim (Penyelenggara: Othman Puteh. DBP, 1989)
2. Cerpen “Andayu” dalam Cempaka Berdarah (Penyelenggara: A.Rahim Abdullah. SASBADI, 1990)
3. Cerpen “Kuntum Perdamaian” dalam Sayembara VIII Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Penyelenggara: GAPENA. Penerbit: DBP, 1991)
4. Cerpen “Wizurai” dalam Perayaan 100 Tahun Kuala Lumpur (Penaja: DBKL. Penyelenggara: DBP, 1991)
5. Cerpen “Singkowoton” dalam Dari Pulau Ke Pulau (Penyelenggara: Ayob Yamin & A.Rahim Abdullah. DBP, 1992)
6. Cerpen “Prasangka” dan “Demi Abangku” dalam Memintas Arus (Penyelenggara: Othman Puteh. DBP, 1992)
7. Antologi Cerpen 20 Penulis Wanita Malaysia. Terjemahan ke bahasa Mandarin.
8. Cerpen “Comel” dan “Kuntum Perdamaian” dalam Mustika Diri Bunga Rampai Karya Penulis Wanita 1930-1990 (Penyelenggara: Ahmad Kamal Abdullah)
9. Cerpen “Sealiran’ dan “Dibelai Rindu” dalam Antologi Cerpen Najwa Arifah . (Penyelenggara: Othman Puteh. SASBADI, 1990)
10. Cerpen “Mega Imej Wanita Pemberang” dalam Mercu 4
11. Cerpen “Singkowoton” dalam Doa Terakhir (DBP, 1995)
12. Cerpen “Balqis” dan “Datang ke Bumi Bawah Bayu” dalam Kuntum Berputik (Penyelenggara: Japar Ungki. DBP, 1996)
13. Cerpen “Restu dari Langit” dalam Riak Kabus Danau Maninjau (Penyelenggara: Hamzah Hamdani & Abdullah Hussain. DBP, 1999)
14. Cerpen “Anugerah” dalam Talian Kasih (Penyelenggara: Abdullah Hussain & Othman Puteh. DBP, 1999)
15. Cerpen “Bidadari Bongsu” dalam Bidadari Bongsu (Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1997)
16. Cerpen “Titian Gelora” dalam Antara Dua Hati (Penyelenggara: Othman Putih. Fajar Bakti, 1992)
17. Cerpen “Dayan” dalam Khabar dari Mogadishu (Penyelenggara: Talib Samat. Fajar Bakti, 1997)
18. Cerpen “Sirna” (Penyelenggara: Japar Ungki. DBP, 1999)
19. Cerpen “Mikrotome” dalam Mercu (DBP, 1991)
20. Cerpen “Cermin” dalam Ingin Sebebas Burung (Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1991)
21. Cerpen “Pengorbanan Kansiduon” dalam Tidak Selamanya Indah ( Penyelenggara: Othman Puteh. Fajar Bakti, 1993)
22. Cerpen “Kuntum Perdamaian” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden STPM 2004 (Penyelenggara: M. Jasni Majed)

Cerpen (Terbitan dalam Majalah)

1. “Balqis” dalam Dewan Sastera. Jun, 1990
2. “Bercak” dalam Dewan Sastera. September, 1991
3. “Singkowoton” dalam Dewan Sastera, Februari, 1989
4. “Cermin” dalam Mastika. April, 1989
5. “Bagai Camar di Lautan” dan “Datang ke Bumi Bawah Bayu” dalam Dewan Sastera, 1990
6. “Titian Gelora” dalam Dewan Sastera. Mac, 1992
7. “Dayan” dalam Dewan Sastera, 1992
8. “Al Mizan” dalam Dewan Sastera. Mac, 1993
9. “Ibunda” dalam Dewan Sastera, 1994
10. “Mega imej Wanita Pemberang” dalam Dewan Sastera. Januari, 1995
11. “Noor” dalam Dewan Sastera. Januari, 1996
12. “Permainan Kematian” dalam Dewan Sastera. Julai, 1996
13. “Raja Semut” dalam Dewan Sastera. 1997
14. “Buih” dalam Dewan Sastera, 1998
15. “Terjepit” dalam Daily Express, 3 Januari 1987
16. “Bosan” dalam WADAH. Oktober, 1986
17. “Lumbai” dalam WADAH. Disember, 1987
18. “Kurnia” dalam Berita Minggu. 31 Julai 1988
19. “Lukah” dalam Mingguan Malaysia. 25 September 1988
20. “Hati Seorang Ibu” dalam Berita Minggu. 6 November 1988
21. “Tembusu” dalam Dewan Masyarakat. Disember, 1988
22. “Singkowoton” dalam Dewan Sastera. Februari, 1989
23. “Diulit Gelombang” dalam Berita Minggu. 6 Mac 1989
24. “Puyut” dalam Dewan Budaya. 1989
25. “Cermin” dalam Mastika. April 1989
26. “Laksana Lebuh Cinta” dalam WADAH. Disember, 1989
27. “Limbubu” dalam Sabah Times. 8 April 1990

Sepanjang tempoh penulisan, Azmah Nordin juga telah banyak memenangi hadiah dalam peraduan atau sayembara yang dianjurkan, antaranya termasuklah:

1. Hadiah Menulis Novel DBP (Kukui)
2. Hadiah Menulis Novel Kanak-kanak (Noor Ainku Sayang)
3. Hadiah Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan & GAPENA, 1988 (Timulak Kapal Perang)
4. Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP, 1990 (“Wizurai”)
5. Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP, 1991 (“Mikrotome”)
6. Hadiah Novel Remaja Berunsur Islam, 1992 (Di Bawah Unggul-Nya)
7. Hadiah Sastera Malaysia DBP 1992/93 (Dari Dalam Cermin )
8. Peraduan Menulis Novel DBP Cawangan Sabah /Jabatan Ketua Menteri (Dari Dalam Cermin)
9. Hadiah Sastera Sabah (Dari Dalam Cermin )
10. Hadiah Cerpen ESSO/Gapena Sayembara VIII, 1991 (“Kuntum Perdamaian”)
11. Hadiah Khas Novel ESSO/GAPENA
12. Hadiah Sastera Sabah DBP, Cerpen/Novel Dewasa, (Dukanya Abadi - 1988 dan 1989, “Singkowoton - 1992,1993,1994,1995,1996 dan1997)
13. Hadiah Sastera Sabah DBP, 1998/1999 (Syumul)
14. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (Menongkah Lumrah)
15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (“Permainan Kematian”)
16. Hadiah Sastera Malaysia DBP, 1988/89 (“Singkowoton”)
17. Hadiah Malayan Banking Berhad - DBP
18. Hadiah Sastera Kanak-kanak Mobil – Mabopa, 1995
19. Hadiah Sastera Kerajaan Negeri Sabah & DBP Cawangan Sabah, 2002/2003
20. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 (“Kasih Seputih Kemboja”)
21. Hadiah Karya Sulung Sempena Perayaan 25 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
22. Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 (“Rahsia” )


Sumber: Siaran Media oleh DBP, 18 September 2009

Monday, February 22, 2010






Novel JALUR- JALUR PERTENTANGN ini adalah karya MOHD KASIM MAHMUD.

Sunday, February 21, 2010












FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, SM Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".






Sunday, February 7, 2010


AZMAH NORDIN

Dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Kini menetap di Sabah sejak 1973. Menerima pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Mula melibatkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1985 terutamanya dalam genre cerpen dan novel. Cerpen-cerpennya tersiar dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan akhbar-akhbar di Sabah. Kumpulan cerpennya Singkowoton telah diterbitkan oleh Dewan B Antara novel-novelnya yang memenangi hadiah sastera ialah Kukui (hadiah penghargaan) dalam Peraduan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1990, Noor Ainku Sayang (hadiah kedua) dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987, Dukanya Abadi (Hadiah Sastera Sabah 1988/89), dan Dari dalam Cermin (memenangi tiga hadiah sastera, iaitu hadiah pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993). Cerpennya "Singkowoton" memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 dan cerpen "Mikrotome" memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Maybank-DBP 1991. Azmah Nordin boleh dianggap sebagai seorang penulis wanita yang prolifik di tanah air.

Tuesday, February 2, 2010

SALAM MARIA


Judul : Salam Maria
Pengarang : Fatimah Busu
Penerbit : Absolute Press
Genre : Novel Dewasa
Mukasurat : 653 halaman
Cetakan Pertama : 2004ISBN : 9834172117


Maria Zaitun dalam Salam Maria adalah satu figur yang diambil daripada figur Maria Zaitun dalam W.S. Rendra, Nyanyia Angsa. Kedua-duanya hidup dalam masyarakat yang sakit. Namun kedua-duanya menjadi orang-orang pilihan di akhirat. Maria Zaitun disuntik dengan imej Wali Allah, Rabeah Al-Adawiyah dan Sayyidah Nafisah dan empat wantia penghulu syurga, Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah SAW, Mariam binti Imran, bonda Nabi Isa AS, Asia, isteri Firaun dan Fatimah Az-Zahra, puteri bongsu Rasulullah SAW. ' Justeru hidup Maria Zainton hanya untuk mencari keredaan Allah SWT. Balasan di akhirat untuk Maria Zaitun dibayangkan dalam mimpi para pesakit pengsan misteri di hospital yang pengsan selama 2 tahun 2 bulan 2 minggu 2 hari. Bayangan itu ialah tentang wakaf marmar, hidangan dalam dulang emas, perak dan telaga susu di sepanjang jalan yang lurus, lebar dan sunyi untuk Maria Zaitun sebagai seorang hamba pilihan di akhirat kelak. Igauan ini membangkitkan kegilaan masyarakat untuk bertemu dengannya. Malangnya, sedang mereka kelam kabut mencarinya, Maria Zaitun sudahpun dimaqamkan oleh beberapa orang yang daif, buta, bisu dan pekak dengan pengawasan para malaikat.

Sunday, January 31, 2010

Manusia Dan Kesejahteraan ~ SALMI MANJA

Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.

Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.

Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua.

Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.

Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.


HADIAH SAKO (1)


Imam- Abdullah Hussein

Wi & William- Azizi Haji Abdullah


HADIAH SAKO (2)


Kawin-kawin- Azizi Haji Abdullah

Iman Markisa- Fatimah Busu

Hatiku Terluka di Bukahara- Wan Hashim wan Teh

Enrique Mengundang Jauh- H.M Tuah Iskandar

Nostalgia Padang- Dzul karnain Ithin

Pei Pan- Ramlee Awang Murshid

Jalur- jalur Pertentangan- Mohd Kasim Ahmad
AKTA PENDIDIKAN 1996

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.
  • Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

    Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

    Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

    Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

    Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

    Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

    Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

    Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. [ke atas]

    Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

    Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

    Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

    Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

    Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

  • Laporan Razak

    1. Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah

    1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

    2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar

      utama.

    3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan

      menengah.

    4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

      menjadi bahasa pengantar.

    5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan

      bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

    6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

    7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

    8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

    9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
  • Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

  • Thursday, January 28, 2010

    PENGARANG BAGI :

    Istana Berembun- Ishak Haji Muhammad

    Debar Pertama- A. Samad Said (1964)

    Patah Tumbuh- Keris Mas(1963)

    Putih Mata- Awam il- Sarkam(1964)

    Pucat Bukan Main- Awam il- Sarkam

    Degup Jantung- Tongkat Warrant

    Daun-daun Berguguran- A. Samad Said(1962)

    Johor Baru- Arenawati @ Muhammad Dahlan bin Biang

    Dilaut dan Darat- Wijaya Mala@ Abu Yazid Zainal Abidin(1964)

    Monday, January 25, 2010

    PENYATA RAZAK

    • Ditubuhkan oleh YB Dato Tun Abdul Razak Hussein yang menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan menganjurkan beberapa perubahan dalam pendidikan yang dikenali dengan Penyata razak 1956
    • Cadangan dalam penyata tersebut dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
    • Tujuan Penyata Razak ditubuhkan :
    1. menjadikan Bm sebagai bahasa kebangsaan

    2. mengeratkan perpaduan kaum antara etnik Melayu, Cina dan India

    3. mengembangkan sistem pendidikan supaya jurang antara kaum dapat dikurangkan

    4. wujud sistem pendidikan yang lebih cekap

    5. wujudkan masyarakat bertoleransi, berdisiplin dan terlatih

    6. memenuhi keperluan negara yang merdeka